Tuesday, January 24, 2006

Sang Monyet yang Haloba

Suatu hari, ketika Sang Kura-kura berjalan mencari makanan, ia terjumpa sebatang pokok pisang muda yang telah tumbang. "Kalau aku bawa pokok pisang ini dan ditanam di tempat kediaman aku tentu aku akan dapat memakan buahnya dengan mudah," fikir Sang Kura-kura.

Tetapi Sang Kura-kura berasa susah hati kerana tidak dapat mengangkat batang pisang itu, Ia berhasrat untuk meminta tolong dari binatang lain yang lalu di tempat itu. Kebetulan Sang Monyet lalu di tempat itu lalu menegur Sang Kura-kura.

"Kenapa nampak susah hati Sang Kura-kura. Ada masalah ke?" tanya Sang Monyet kepada Sang Kura-kura. "Boleh tak engkau tolong ikatkan batang pokok pisang dengan akar kayu ini ke atas belakang aku?" pinta Sang Kura-kura. "Engkau hendak buat apa dengan batang pokok ini Sang Kura-kura?" tanya Sang Monyet lagi.

"Aku hendak tanam ia, dekat dengana kediaman aku. Kalau ia berbuah nanti bolehlah kita makan bersama," kata Sang Kura-kura, cuba memujuk Sang Monyet. Tiba-tiba Sang Monyet terfikir untuk menanam pokok pisang juga, lalu ia membuat helah.

"Aku pun mahukan pokok pisang ini ditanam di tempat aku. Apa kata, kita bahagi dua, engkau ambil bahagian pangkal dan aku ambil bahagian hujung," kata Sang Monyet. "Kalau bahagian pangkal aku setujulah, lagi pun ia tidak memberatkan untuk membawanya," kata Sang Kura-kura bersetuju.

Setelah batang pokok pisang itu dikerat dua, akhirnya mereka berdua pun berpisah dengan membawa bahagian masing-masing. Sang Kura-kura bahagian pangkal dan Sang Monyet di bahagian hujung pisang.

Sang Monyet menyangka, apabila ia mengambil bahagian hujung sudah pasti popkok pisang itu cepat berbuah. Ia terus menanam hujung pokok pisang itu dan berharap akan mendapat buahnya dengan segera. Hari ke hari ia mununggu, tetapi popko pisang tetap tidak berbuah sebaliknya pokok itu semakin lama semakin layu, lalu mati.

Manakala pokok pisang Sang Kura-kura pula mula mengeluarkan tunas dan tumbuh dengan segera subur. Pokok pisang itu terus dijagai oleh Sang Kura-kura sehingga ia sudah cukup besar dan mula mengeluarkan jantung dan berbuah.

Tidak lama kemudian pokok pisang Sang Kura-kura mula berbuah sehingga masak ranum. Sang Kura-kura berasa sungguh gembira. Suatu hari Sang Monyet dating untuk melihat pokok pisang oleh Sang Kura-kura. "wah, sungguh besar buah pisang yang engkau tanam ini Sang Kura-kura! Bolehkah aku merasanya sedikit?" tanya Sang Monyet.

"Boleh, tapi bagaimana pula pokok pisang yang engkau tanam itu, sudah berbuah ke?" tanya Sang Kura-kura. "Buahnya tak mahu keluar, sebab dia takut dengan aku," kata Sang Monyet yang tidak mahu mengaku kesilapannya.

Setelah Sang Monyet sampai di atas, ia terus mengambil setandan buah pisang lalu terus naik ke ats pucuk pisang lalu makan tanpa memperdulikan Sang Kura-kura. "Wahai Sang Monyet, bawalah buah pisang itu turun, kemudian barulah kita makanlah bersama," kata Sang Kura-kura dari bawah. Sang Monyet tidak memperdulikan kata-kata Sang Kura-kura, sebaliknya ia hanya membalingkan kulit pisang sahaja kepada Sang Kura-kura.

Sang Kura-kura amay marah dengan tindakan Sang Monyet yang tidak berbudi itu. Ia pun mengambil akar-akra berduri lalu di letakkan di sekeliling pokok pisang.

Tiba-tiba Sang Monyet tergelincir lalu jatuh bersama dengan tandan pisang kepunyaan Sang Kura-kura. Apa lagi, Sang Monyet terus terjatuh di atas akra-akar berduri itu.

"Hah! Baru padan dengan muka, sudahlah tidah tahu berterima kasih, hak orang dibuat macam harta sendiri!" marah Sang Kura-kura. Sang Monyet menjerit kesakitan dan melompat-lompat lalu berlari dari situ kerana terlalu malu.

Moral cerita ini: Jangan bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri. Jasa orang perlu dihargai.

References: Kura,
Technorati Tags: , , , , ,

No comments: